Nelayan parah ditembak kumpulan bersenjata

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa warga Indonesia berusia 51 tahun bersama seorang rakan berusia 37 tahun, menaiki sebuah bot dari Sandakan ke perairan Kudat untuk menangkap ikan.

Sebaik tiba di perairan berhampiran Pulau Tibagu, kedua-dua nelayan terdengar bunyi beberapa das tembakan yang mengenai cermin bot, selain terkena tangan seorang daripada mereka.

Sumber memberitahu BH, mangsa yang tidak cedera kemudian segera mengendalikan bot berpatah balik ke Sandakan dengan mangsa yang cedera dikejarkan untuk rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Mangsa mendakwa diserang sekumpulan empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot pam di perairan berkenaan.

Difahamkan, pihak berkuasa menjalankan siasatan sama ada insiden itu berlaku dalam perairan Malaysia atau Filipina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang media mengenai kes berkenaan esok, memetik laporan BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia