Negeri Sembilan catat enam lagi positif difteria

Empat daripada mereka adalah anak kepada seorang wanita berusia 41 tahun yang menjadi orang dewasa pertama di negara ini, dijangkiti penyakit berjangkit itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata dua orang lain ialah kakitangan Klinik Kesihatan Rembau, yang mula-mula mengendalikan kes wanita berkenaan pada 13 Julai lalu, sebelum dia dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Katanya, empat anak wanita berkenaan yang berusia lapan, 12, 15 dan 21 tahun, kini ditempatkan di HTJ selepas ujian darah mengesahkan mereka positif difteria.

“Mereka yang pernah menerima suntikan pelalian penyakit itu kini menjalani rawatan dan keadaan dilaporkan stabil,” katanya selepas majlis jamuan Aidilfitri Jabatan Kesihatan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua kakitangan Klinik Kesihatan Rembau dijangkiti penyakit itu kerana berurusan secara langsung dengan wanita berkenaan ketika dirawat di klinik itu.

“Seorang kakitangan berusia 50 tahun dirawat di Hospital Tampin, manakala seorang lagi yang berusia 28 tahun dikuarantin di rumah dengan keadaan mereka dilaporkan semakin sembuh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika mempunyai tanda jangkitan penyakit itu.

Katanya, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan pelalian kerana kesan jangkitan penyakit itu terhadap kanak-kanak adalah lebih teruk, berbanding orang dewasa. – Berita Harian Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia