Negara tiada pembangunan, itu tuduhan kosong pembangkang

Sambil menyangkal tuduhan itu, Perdana Menteri berkata, pentadbiran beliau telah menjalankan pelbagai pembangunan yang mencipta beratus ribu peluang pekerjaan.

“Banyak pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan dalam masa yang hanya tujuh tahun pertama pentadbiran saya, dan memangkinkan ekonomi negara secara berterusan.

“Kepada pembangkang, janganlah bersikap seperti katak di bawah tempurung,” katanya.

Antara projek pemangkin ekonomi berlandaskan pembangunan secara besar-besar yang telah dilaksana kerajaan di bawah pentadbiran beliau termasuk projek Transit Aliran Massa (MRT), Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway, Projek Transit Aliran Ringan 2 dan 3 dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal