Neelofa sedia dedah kisah cinta, peribadi

Ia akan ditayangkan dalam majlis pelancaran Naelofar Raya 2016 yang akan berlangsung di sebuah hotel di sini, Isnin ini.

Memetik laporan Harian Metro, aktres berusia 27 tahun ini berkata, dia memilih untuk berkongsi kisah cinta termasuk soal jodoh dalam video kempennya itu kerana ramai peminat yang tidak tahu sisi peribadinya itu.

“Selain kempen Ramadan dan Aidilfitri, video eksklusif itu turut memaparkan soal jodoh dan keinsafan pada bulan yang mulia ini. Ramai yang tahu kisah cinta saya tetapi mereka tidak tahu siapakah insan istimewa yang dimaksudkan itu.

“Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut jangan lupa muat naik video kempen terbaru ini di YouTube,” katanya

Dalam pada itu Lofa berkata dia mensasarkan usia 29 hingga 30 tahun untuk mendirikan rumah tangga. Namun buat masa ini, dia belum memiliki calon yang sesuai.

Mengulas mengenai hubungannya dengan Datuk Hans Isaac pula, kata Neelofa, mereka masih berkawan baik hingga sekarang.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran