Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai

Katanya, setiap ranting mendapat RM5,000, kecuali Ranting Bintawa akan mendapat RM10,000.

Beliau mengumumukan peruntukan berkenaan ketika berucap menghadiri majlis kesyukuran BN-PBB DUN Pantai Damai di Kuching malam tadi.

Mohamad Nazri berkata beliau sangat gembira kerana diberi peluang membantu kempen pilihan raya Abdul Rahman yang muncul sebagai calon yang memperoleh majoriti undi paling tinggi pada pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu, iaitu 9,260 undi.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata beliau amat bersyukur kerana undi majoriti beliau meningkat sebanyak 4,189 berbanding 5,071 pada pilihan raya 2011. – Bernama

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Senarai calon Menteri Sarawak