Nazri tidak setuju letak wakil dalam Majlis Peguam

Menurut Datuk Seri Nazri Aziz, beliau tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk masuk campur dengan urusan Majlis Peguam dengan mejalankan pindaan terhadap Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976.

“Bagaimana mereka (Majlis Peguam) mahu menjalankan urusan mereka, kita perlu serahkan kepada mereka.

“Biarkan saja… kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita mahu,” kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu seperti yang dilaporkan Malay Mail Online.

Beliau berhujah Majlis Peguam harus dibenarkan untuk menjalankan urusan sendiri, sambil menambah bahawa ia adalah “baik-baik saja” jika mereka dilihat sebagai mengkritik kerajaan, selagi mereka berbuat demikian dalam batasan undang-undang.

“Dunia ini menjadi lebih liberal, ini bukan masanya untuk (kerajaan) mengetatkan kawalan ke atas kumpulan-kumpulan ini.

“Apa kerosakan yang Majlis Peguam lakukan, mengkritik kerajaan? Kami masih di sini, kerajaan yang kuat,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menambah, beliau menentang rancangan kerajaan untuk meletakkan wakil dalam Majlis Peguam.

“Saya tidak bersetuju dengan kerajaan melantik dua wakil kepada Majlis Peguam, untuk apa? Anda fikir dua orang boleh mengawal majoriti?,” tegasnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia