Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, pihak pengajur seharusnuya menghormati hak pihak lain dan melaksanakan program mengikut lunas undang-undang sedia ada.
“Saya yang membentangkan Akta Perhimpunan Aman dan setuju bahawa setiap orang berhak untuk melakukan protes secara aman.
“Kita hidup dalam masyarakat bertamadun dan perlu menghormati hak orang lain. Jika pemilik Dataran Merdeka (DBKL) tidak benarkan perhimpunan diadakan di situ, mereka perlu mencari lokasi lain.
“Tentu sekali kami tidak suka jika saya tampar kamu sambil berkata saya berhak melakukannya. Tentu sekali kami tidak mahu saya melakukan protes di depan rumah kamu dan menggunakan alasan yang sama,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan program tersebut.
Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan #TangkapMO1 jika mereka gagal mengemukakan permohonan rasmi mengenainya dalam tempoh 10 hari sebelum ia diadakan.
Gabungan kumpulan pelajar mengumumkan perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini dan menyasarkan kehadiran 10,000 orang.