Perkara itu disahkan Nazim melalui rancangan Melodi terbitan TV3 pada Ahad.
“Sebelum ini ada yang bertanya namun saya belum mengesahkan oleh kerana ada beberapa urusan yang belum selesai.
“Namun hari ini saya mengesahkan perkara ini dan akan bernikah pada 10 September di Kota Kinabalu,” katanya.
Menurut laporan sebelum ini majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada hari yang sama dengan hari pernikahan mereka. Manakala, majlis bertandang pula bakal menyusul pada 17 September di Johor Bharu.