Nawawi jelaskan isu MO1 adalah Agong petang ini

Kata Nawawi, beliau telah membuat laporan polis tengahari tadi menafikan dakwaan tersebut dan akan menjelaskannya dalam sidang media di Alor Setar jam 4 petang nanti.

“Hari ini saya baru selesai buat laporan polis jam 12.29 tengahari menafikan tuduhan fitnah ke atas saya yang mengaitkan komen bab DYMM Yang Dipertuan Agong dengan kes DOJ di Balai Polis Ulu Kelang Ampang KL.

“Saya berharap orang ramai boleh dengar pulak penerangan cerita dari pihak sayang yang dituduh.

“Tidak ada satu pun ayat yang mengaitkan Agong dengan DOJ. Yang lain hanya persepsi pembaca sendiri,” tegasnya dalam status yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau.

Nawawi dalam tulisan di Facebook sebelum ini berkata berdasarkan perlembagaan, Agong ialah MO1 yang bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri