Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat sekretariat flotila 12 negara yang dipengerusikan ketua misi flotila, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas Nautical Aliya sebentar tadi.
Ini bermakna kapal diterajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dengan 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan tiba lewat dari jadual asal pada Sabtu ini.
Nautical Aliya sepatutnya berlabuh di Teknaf sebaliknya diberi pilihan berlabuh di Chittagong, St.Martin atau Kutubdia kerana kedalaman di Teknaf tidak boleh menampung kapal sebesar Nautical Aliya.
Flotila kemanusiaan dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), disokong 31 NGO ASEAN dan antarabangsa. -BH Online