Nampak wajah Faye Kusairi dalam solat istikarah – bekas suami Elly Mazlein

“Saya mula mengenali Faye Kusairi ketika melaksanakan projek drama terakhir sebelum saya berkahwin dengan Elly Mazlein iaitu sekitar November 2014.

“Namun, tidak pernah terlintas untuk berkawan rapat dengan Faye dan ketika itu saya hanya fokus untuk cari duit bagi menampung majlis perkahwinan saya dan Elly sahaja.

“Selain itu, Faye juga berkawan rapat dengan pelakon lelaki dalam drama berkenaan iaitu Syazwan Zulkifly,” ujarnya kepada mStar Online.

Azmi ditemui pada sidang medianya di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada Selasa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Dalam sidang media berkenaan, Azmi yang ditemani peguam iaitu Mohd Fadly Hashim turut melampirkan akuan bersumpah setebal 20 muka surat yang memuatkan 45 perkara tentang isu berkaitan konflik rumah tangganya.

Azmi menerusi akuan bersumpahnya turut mengakui selepas bercerai dia sering melakukan solat istikharah agar mendapat seorang isteri yang baik sebagai pengganti yang boleh menjaga dia dan anak-anak.

Tambahnya, Allah menunaikan hajat tersebut dengan menampakkan wajah Faye biarpun sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu.

“Selepas bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu saya mempunyai hajat untuk beristeri dan zuriat.

“Allah telah memperkenankan hajat saya. Saya dikurniakan ilham dan menampakkan wajah Faye Kusairi. Demi Allah selama empat hari berturut-turut saya dikurniakan bayangan yang sama.

“Saya berasa hairan pada awalnya kerana saya dan Faye sendiri tidak pernah bertegur sapa sekian lama,” ujarnya memetik laporan mStar Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran