Namewee tiada dalam negara

Pengurusnya, Xiao Zhu berkata kepada Sin Chew Jit Poh, semalam bahawa jadual kerja Namewee di Taiwan dan China telah dirancang lebih awal dan tidak dapat pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, Namewee tidak berada di dalam negara. Oleh itu kami tidak dapat komen mengenai isu video ini. Namun, apa yang boleh saya katakan, ciptaan video Namewee ini tidak mempunyai apa-apa niat jahat,” kata pengurusnya itu.

Beliau percaya Namewee sendiri dan syarikatnya mungkin akan memberikan kenyataan mengenai isu video yang mencetuskan kontroversi ini.

“Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada Namewee sendiri. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti,” kata Xiao Zhu.

Difahamkan, video itu sudah tidak dapat ditonton lagi dalam laman sosial, sebaliknya digantikan dengan gambar logo syarikatnya dan muzik.

Sebelum itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang membuat laporan polis berhubungan rakaman video tersebut yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia.

Dalam rakaman video berdurasi empat minit bertajuk Oh My God itu, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, 33, dilihat menyanyi dan menari di beberapa rumah ibadat di sekitar negeri ini, termasuk didakwa masuk ke ruang solat masjid. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia