Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan sekitar jam 3.20 petang oleh anggota polis, sejam selepas dia tiba dengan penerbangan dari Taiwan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ghafar Rajab, berkata suspek akan diambil oleh Polis Pulau Pinang, hari ini sebelum dibawa ke Georgetown, untuk mendapatkan perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret, esok.
“Dia ditahan selepas pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung klip video yang dilakukan di Masjid Terapung, Tanjung Bunga, Pulau Pinang.
“Siasatan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama mana-mana penganut,” katanya memetik laporan Berita Harian Online hari ini.
Dalam rakaman video berdurasi 4.05 saat itu, Namewee bersama tiga lagi yang lain menyanyikan lagu bertajuk ‘Oh My God’ dalam bahasa Mandarin, yang didakwa menghina Islam.