Najib umum akan berlaku penstrukturan semula Kabinet

Najib turut berkata beliau menerima peletakan jawatan oleh Uggah.

“Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baharu bagi memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com, pada Sabtu.

Najib berkata Uggah telah berkhidmat dengan cemerlang dan banyak menyumbang kepada sektor komoditi dalam jawatan sebelum ini, antaranya penubuhan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit yang telah membantu dalam memastikan kestabilan harga sawit dan membangunkan industri hiliran.

Najib turut percaya kecemerlangan itu akan Uggah bawa dalam jawatan baharu sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Pada masa sama, Najib berkata negara ini masih lagi bersedih terhadap insiden yang menimpa mangsa tragedi helikopter terhempas ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak, baru-baru ini,

“Kita masih lagi bersedih dengan tragedi yang menimpa rakan seperjuangan kita ketika bertugas di Sarawak”, kata Najib.

Pada PRN-11 Sabtu lepas, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri