“Takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan dan rakyat Singapura,” katanya dalam akaun Twitternya hari ini.
Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 9.48 malam tadi, menurut Pejabat Perdana Menteri Singapura.
Pada 31 Julai, pejabat perdana menteri Singapura mengumumkan Nathan mengalami angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi hospital itu.
Nathan, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat di Singapura dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.
Beliau secara rasmi berundur sebagai Presiden keenam pada 31 Ogos, 2011 dan diganti oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. – Bernama