Najib ucap takziah atas pemergian SM Salim

Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi tersohor negara itu yang meninggal dunia pada usia 88 tahun pada Khamis.

“Salam takziah kepada keluarga TS SM Salim. Allahyarham banyak sumbang jasa dalam bidang seni dan warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,”kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang selepas solat Jumaat hari ini.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros,merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. – Bernama

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran