“Innalillah. Terima berita ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik telah pulang ke rahmatullah pagi tadi.
“Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” tulis perdana menteri dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini.
Kamarul Zaki, 58, dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Sabak Bernam kira-kira jam 8 pagi tadi.
Pada pilihan raya umum lepas, Kamarol Zaki yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi. –Bernama