Najib ucap tahniah kepada Trump

Najib berkata, Amerika Syarikat dan Malaysia telah meningkatkan hubungan mereka ke peringkat perkongsian komprehensif pada 2014 dan saling bekerjasama rapat dalam usaha memerangi keganasan dan ekstremisme di seluruh dunia.

“Kami berharap untuk meneruskan kerjasama ini di bawah pimpinan Trump yang dipilih sebagai presiden.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan luar biasa ini dan berharap untuk bertemu beliau tidak lama lagi,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Rabu.

Trump daripada parti Republikan mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Demokrat dalam persaingan sengit awal Rabu untuk menjadi presiden Amerika Syarikat ke-45, dengan melakukan kejutan luar jangka selepas ada beberapa pihak menyifatkannya sebagai kempen keterlaluan dan adakalanya menjengkelkan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia