Najib ucap tahniah kepada Chong Wei

Perdana menteri tertarik dengan pencapaian Chong Wei memandangkan ia merupakan kemenangan kali keenamnya.

“Tahniah kerana menang gelaran keenam Terbuka Jepun @LeeChongWei. Ia memang rekod yang begitu menarik!,” kata Najib menerusi akaun Twitternya @NajibRazak.

Chong Wei semalam meraih kemenangan keenam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun selepas berhempas pulas untuk meraih kemenangan ke atas pemain Denmark Jan O Jorgensen.

Kemenangan itu diperoleh selepas beliau baru sahaja meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio bulan lepas.

Beliau merupakan juara Terbuka Jepun pada 2014, 2013, 2012, 2010 dan 2007. – Bernama

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2