Memetik laman Facebook miliknya, Najib berkata pihaknya turut dimaklumkan berkenaan insiden tersebut.
“Dimaklumkan mengenai kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah JB. Kementerian Kesihatan dan pihak bomba sedang uruskan keadaan di sana. Saya sedang menunggu laporan terkini,” kata Najib.
Insiden tersebut berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada pukul 9 pagi.
Enam mangsa, empat wanita dan dua lelaki disahkan maut, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.