Najib tiba di Tawau untuk rasmi Lebuhraya Pan Borneo Sabah

Pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Tawau kira-kira 9.10 pagi.

Ketibaan Najib di lapangan terbang itu disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, anggota Kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kawasan sekitar dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta negeri.

Najib kemudian menaiki helikopter menuju ke Lahad Datu untuk ke lokasi perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia