Najib sifatkan Tun M kaki gaduh

Presiden UMNO itu berkata demikian ekoran tindakan Dr Mahathir yang kerap mengkritik kepimpinannya dan juga kepimpinan terdahulu yang sentiasa dilihat tidak betul di mata tokoh negara itu.

“Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar (Pahang) Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia (pemimpin itu) selama 22 tahun.

“Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.

“Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul,” katanya.

Perdana Menteri itu berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands, pada Sabtu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri