Najib luang masa sarapan di medan selera bersama rakyat

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut ribuan orang ramai yang berada di medan itu yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Turut hadir bersarapan bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff.

Antara sajian yang dihidangkan kepada mereka ialah teh tarik, kopi O, ubi kayu bersama kelapa parut dan roti Arab.

Seorang peniaga, Rokshanah Ibrahim, 53, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran perdana menteri kerana ia merupakan kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat.

“Hampir dua minggu kami membuat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan lebih 200 biji roti Arab untuk hidangan kepada mereka yang hadir hari ini,” katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.

Najib dijadual menghadiri majlis meraikan komuniti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani pada pukul 11 pagi sebelum ke program bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil pada 3.35 petang. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia