‘Najib ke China bukan tunggang kuda’, kata pejabat PM

Beliau berkata, kerajaan China juga menjemput Najib bersama keluarganya dalam lawatan selama seminggu itu.

“Kerajaan China telah menjemput Perdana Menteri dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini….Walaupun Perdana Menteri jarang membawa keluarga beliau, tetapi adalah normal jika beliau mahukan anak-anaknya bersama ketika lawatan panjang selama seminggu…apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Padan, Rafizi Ramli yang mempersoalkan penyertaan ahli keluarga Najib dalam kunjungan kerajaan ke China.

Semalam Najib tiba di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.

Rizal berkata, isu itu seharusnya tidak dibangkitkan kerana terdapapat perkara yang lebih penting yang harus diberikan perhatian dalam lawatan Najib membabitkan ekonomi dan pelaburan negara.

“Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ianya bakal membawa puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia,” katanya, dan menambah, lawatan Najib ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri