Najib jumpa masyarakat India, penuhi permintaan mereka?

Kira-kira 30 tahun lepas, jika mahu berjumpa PM, hanya NGO pro-kerajaan dan pihak-pihak tertentu sahaja dibenarkan dan keadaan sedemikian sedang dibawa balik oleh beberapa pemimpin sekarang.

Najib dikatakan ingin untuk menjadi rapat dengan masyarakat India dan ingin memenuhi permintaan masyarakat India.

Tetapi, pemimpin parti politik menjadi halangan dalam perkara ini.

Najib dikatakan ingin membina ‘jambatan hubungan’ dengan masyarakat India, bukan sahaja melalui parti-parti kerajaan malah melalui NGO kaum India.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Najib yang mengenal pasti kehendak masyarakat India, tidak lagi memberi bantuan kepada parti kerajaan sahaja malah terus menghulurkan bantuan kepada NGO dan mendapat kepercayaan kaum India.

Selepas itu, TEKUN, SEED mula ditubuh di baawah pejabat PM untuk membantu kaum India, namun terdapat beberapa parti politik mula mencetus masalah dengan meminta badan-badan berkenaan diletak di bawah partinya.

Bagi memahami perasaan orang India, Najib akan menurun padang berjumpa NGO yang berkaitan dan tidak boleh ada campur tangan parti politik lain dalam hal ini.

Najib memerlukan sokongan kaum India dan beliau juga tidak mempunyai sebarang tujuan untuk mengabaikan sesiapa dan Najib juga perlu mengkaji kenapa parti politik menjadi halangan kepada NGO untuk bersemuka dengan beliau. – Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal