Najib janji selesaikan isu peruntukan sekolah Cina, kata Liow

Ini didedahkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika pertemuannya dengan Najib bersama dengan timbalan presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, lapor Sin Chew Daily.

Menurut akhbar itu, mereka juga telah bertemu dengan Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum mesyuarat kabinet.

Liow dilaporkan berkata MCA menekankan kepada perdana menteri bahawa isu geran RM50 juta yang dijanjikan untuk sekolah rendah Cina perlu segera diselesaikan.

“Lebih penting lagi, kami meminta Najib untuk segera menangani isu dana untuk sekolah jenis kebangsaan bukan sahaja untuk 2016 tetapi juga bagi tahun 2017 kerana ini tidak disebut dalam Bajet 2017,” katanya.

Liow dipetik sebagai berkata bahawa Najib memberi maklum balas positif terhadap permintaan berkenaan.–Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal