Najib dan Hadi pertahan Rohingya, kerjasama politik itu mustahil

Ketua Penerangan PAS Johor, Shamsudin Jaafar berkata kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke program solidariti Rohingya yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya simbol sokongan kedua-dua pihak dalam isu berkenaan.

Najib hadir ke perhimpunan tersebut bersama Hadi untuk mempertahankan nasib Rohingya yang berada di bawah tekanan di Myanmar di Stadium Titiwangsa, Ahad lalu.

Shamsudin berkata, sejarah telah menunjukkan bahawa kedua-dua pihak mungkin pernah berkongsi pentas yang sama untuk menyokong perjuangan yang benar, namun tiada sebarang kerjasama politik dibentuk selepas itu.

“Bekas presiden PAS kami, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah berkumpul bersama-sama bagi menyokong Palestin.

“Penglibatan Presiden kami pada perhimpunan itu tidak bermakna PAS akan bekerjasama dengan UMNO, kerana gabungan dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza,” katanya pada sidang akhbar di Kulai, Johor.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri