Nahas helikopter Tan Sri JJ berpunca dari kecuaian juruterbang

Perkara berkenaan dinyatakan di dalam laporan siasatan setebal 117 muka yang mana dikatakan terdapat kerosakan terhadap helikopter berkenaan dan juga kebocoran minyak.

Laporan menyebutkan bahawa juruterbang, Kapten William Clifford Fourneir tidak memeriksa kebocoran dan kerosakan tersebut selepas mendarat di padang bola Muadzam Syah yang akhirnya menyebabkan helikopter terbabit terhempas di Semenyih.

Nahas berkenaan telah mengorbankan Jamaluddin bersama lima penumpang yang lain termasuk Fourneir, Aidana Baizieva, ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seng, dan pengawal peribadi Jamaluddin Koperal Razakan Seran.

Kesemua mereka baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia