Nahas helikopter: Satu lagi mayat ditemui

Memetik laporan The Star, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan mengesahkan mayat berkenaan ditemui pada 8.34, pagi Sabtu.

Mayat berkenaan yang masih lagi berada di tempat duduk ditemui berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10km daripada pusat operasi mencari dan menyelamat.

Mayat itu kemudiannya diterbangkan ke Kuching menggunakan helikopter Nuri pada 9.55 pagi.

Mangsa pertama nahas insiden itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui semalam dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Pasir Panjang, pada 2 pagi, Sabtu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia