Nahas DUKE: Pemegang amanah perlu bertanggungjawab dan jujur

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pendedahan oleh Yusnidah Hussain yang mendakwa anak-anak kepada nahas kemalangan di lebuhraya DUKE Mei tahun lalu tidak mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Jelas Zulkifli, pemegang amanah tidak mempunyai hak milik penuh ke atas sumbangan orang ramai malah wang tersebut juga tidak boleh digunakan atas tujuan peribadi.

“Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara hanya sebagai pemegang amanah (trustee/mutwalli) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan (maslahah) dan sumbangan /sedekah kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya,” katanya memetik kenyataan beliau.

Sebelum ini, Yusnidah membuat satu sidang media yang mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain pecah amanah dalam menguruskan wang sumbangan orang ramai untuk anak-anak mangsa.

Menurut Yusnidah, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga.

Jelas Yusnidah lagi, Faizzur memberikan alasan wang sumbangan tersebut merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Yusnidah menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.

Menurut wanita berkenaan, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.

Dalam nahas kemalangan itu, pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, bergelar anak yatim piatu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia