Nafi terima dana UMNO, PAS akan saman Husam

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam dalam masa terdekat.

“Pihak guaman PAS diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau pada Khamis.

Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS mengulangi tuduhan yang pernah dibuat oleh portal propembangkang, Sarawak Report itu dalam rakaman video yang dimuat naik melalui YouTube kelmarin.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri