myPPP cadang hanya parti bebas krisis diberi kerusi bertanding pada PRU-14

Demikian cadangan yang dikemukakan kepada kepimpinan Tertinggi BN oleh Presiden myPPP, lapor akhbar Tamil Malar hari ini.

Menurut Kayveas dalam satu temubual khas kepada sebuah protal media tempatan, berkata parti sekutu BN yang sedang berdepan krisis atau perbalahan dalaman dan perbicaraan di mahkamah harus dinafikan kerusi bertanding.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan parti itu secara spesifik.

“myPPP setia dan sentisa menyokong segala perjuangan BN selama ini.

“Maka BN perlu mengelak daripada memperuntukkan kerusi boleh kalah kepada myPPP,” katanya seperti dipetik dan dilapor Tamil Malar.

Katanya lagi, myPPP hanya akan mengkaji kerusi bertanding partinya selepas disah dan diperuntukkan oeh BN semasa pengagihan kerusi nanti.

Beliau juga menegaskan partinya akan menolak kerusi yang diagihkan BN jika peristiwa PRU13 mengulangi parti itu kali ini.

Pada PRU13, myPPP kalah kesemua lima kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen iaitu Kepong yang diagihkan BN.

Kesemua kerusi itu merupakan kerusi maut yang sukar untuk BN menang.

Kayveas turut menjelaskan BN perlu mengenalpasti kerusi yang berpotensi menang untuk myPPP pada PRU14 kali ini dan tuntutan ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal