Myanmar laksana kempen panghapusan etnik – UNHCR

Wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), John McKissick berkata, tentera Myanmar telah membunuh golongan lelaki dengan menembak mereka selain membunuh kanak-kanak dan merogol golongan wanita.

Selain itu katanya, pihak keselamatan turut membakar rumah etnik Rohingya dan memaksa mereka menyeberangi sungai untuk memasuki sempadan Bangladesh.

“Situasi itu menyebabkan kerajaan Bangladesh berbelah bahagi untuk membuka kawasan sempadan kerana keputusan tersebut hanya menggalakkan lagi kerajaan Myanmar untuk melakukan pengusiran sehingga matlamat mereka menghapuskan etnik Rohingya tercapai,” katanya kepada BBC.

Menurut laporan Amnesty International, kerajaan Bangladesh mula menghalau semula kumpulan pelarian etnik Rohingya ke Myanmar walaupun tindakan itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

UNHCR dan Amnesty International menuduh kerajaan Myanmar bertindak membalas dendam dengan kejam terhadap etnik Rohingya ketika tentera negara itu melancarkan operasi antikeganasan di kawasan bergolak tersebut.

Kawasan di utara negeri Arakan atau dikenali sebagai Rakhine, ditutup untuk operasi tentera sejak 9 Oktober lalu susulan kematian sembilan pengawal sempadan akibat serangan militan yang didakwa didalangi etnik Rohingya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia