Murid ‘terpotong’ lidah sendiri, bukan buli

Sebaliknya, kanak-kanak berusia lapan tahun itu didapati cedera di lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata siasatan yang dijalankansejak 25 Mac lalu mendapati, tiada bukti diperoleh bagi mengaitkan kejadian itu dengan kes buli seperti didakwa murid berkenaan.

Katanya, laporan guru sekolah berkenaan mendapati tiada keterangan sokongan yang boleh membabitkan murid lain dalam kes berkenaan.

“Kes dianggap selesai kerana pelajar terbabit bukan dibuli manakala kecederaan dialami adalah atas kecuaian sendiri.

“Tiada tindakan akan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan yang diberi semalam,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian Khamis minggu lalu, seorang murid Tahun Dua mendakwa dipaksa menggunting hujung lidahnya oleh sekumpulan lima murid ketika sesi persekolahan berlangsung.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia