“Saya tidak mahu pergi sekolah. Saya takut kena buli lagi,” katanya.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, Aliff hilang setengah sentimeter lidahnya selepas dipaksa menggunting lidah sendiri oleh lima pelajar lain di sekolahnya.
Ibu Alif, Siti Nurhuda berkata luka tersebut semakin pulih tetapi kesan potongan pada hujung lidah anaknya itu akan terus kekal.
Jelas Nurhuda, Alif sehingga kini masih trauma dengan kejadian tersebut dan beliau bertekad untuk tidak lagi menghantar anaknya ke sekolah itu lagi.
“Hari ini (semalam) Alif sudah makan nasi berbanding sebelum ini yang hanya makan makanan lembut dan minum menggunakan penyedut.
“Saya bercadang untuk menukar anak saya ke sekolah lain. Ia bukan sahaja untuk kebaikan Alif tetapi juga demi mententeramkan jiwa saya,” ceritanya.