Murid maut diremput kereta ketika hendak ke sekolah

Kejadian kira-kira 7.15 pagi itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Santong di Dungun.

Menurut sumber polis, murid tersebut, Muhammad Syamil Harun, 10, dari Kampung Santong yang berpakaian seragam baju pengakap sedang melintas jalan selepas bapanya menurunkannya dari kereta.

Ketika sedang melintas, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang wanita yang datang dari arah Ketengah Jaya menuju Paka telah merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia