Jamal berkata, beliau bagaimanapun tidak mempedulikan kenyataan Dr Mahathir kerana sedar dirinya wangi serta bersih dari segi luaran dan dalaman.
“Kalau saya kotor pun tak ada masalah, tapi orang sebelah kata saya sentiasa wangi, rakan-rakan media selalu rapat dengan saya pun tak pernah complaint.
“Mungkin hidung Tun M dah bernanah, bagi saya sebutan kotor tak ada masalah, banding Tun M makan wang rakyat untuk diberikan kepada anak-anak dan kroninya.
“Rakyat perlu sedar siapa Tun M sebenarnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media Bersih 7 di Shah Alam, Rabu.
Jamal mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Selasa yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersih perlu ‘dibersihkan’ lagi, manakala Jamal perlu mandi 15 hari sekali kerana dirinya ‘berbau busuk dari jauh’.
“Saya sebulan tak mandi tapi kerana jiwa dan hati saya bersih dan murni segala kekotoran di luaran saya akan dibersihkan daripada dalaman,” katanya.
Jamal juga sempat menyindir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk segera menyelesaikan masalah air di negeri ini untuk membolehkannya mandi, makan dan minum.
“Saya sampai sekarang tak mandi sebab saya tinggal di Ampang Selangor yang tak ada air, saya tak mandi tapi saya pakai perfume.
“Sebab tu saya datang sini, Azmin Ali tolong bagi perhatian kepada rakyat Selangor, bekalkan air bersih kepada rakyat supaya mereka boleh mandi, makan dan minum,” katanya, memetik mStar Online.