Mukhriz fail saman terhadap Tunku Aziz

Mukhriz, selaku plaintif memfailkan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala semalam, melalui Tetuan Haniff Khatri dengan menamakan Tunku Abdul Aziz sebagai defendan.

Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif mendakwa defendan telah mengeluarkan satu kenyataan pada 30 Disember lalu bertajuk “Memang wujud pakatan sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang – Tunku Aziz’.

Plaintif mendakwa kenyataan itu mengandungi kenyataan fitnah telah diterbitkan secara meluas di pelbagai media, portal berita dan blog.

Plaintif berkata beliau telah memberikan notis melalui kenyataan kepada media yang menuntut defendan membuktikan kenyataan fitnahnya kepada plaintif yang mana jika gagal beliau akan mengemukakan tindakan undang-undang terhadap defendan.

Sementara itu dakwa plaintif lagi, sebagai balasan terhadap notis tersebut, defendan menerbitkan satu lagi kenyataan pada 3 Januari bertajuk ‘Tunku Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah.

Tegasnya, kenyataan fitnah tersebut salah dan tidak benar, serta makna dan sindiran yang timbul dari kenyataan fitnah itu menyebabkan kebencian, cacian dan hinaan terhadapnya. -Sinar Harian Online

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri