Beliau berkata, usaha untuk menawan kembali Kedah akan diperkukuh dan dilipatgandakan bagi memastikan Kedah kembali ke tangan pembangkang.
“Kedah bukan lagi negeri di bawah kuasa saya. Saya akui kita kini di pihak pembangkang, sentiasa berdepan kesukaran untuk berpolitik di negeri itu.
“Jadi ia bukan mudah untuk pembangkang. Kita tahu yang kita sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding dengan Barisan Nasional,” katanya.
Mukhriz berkata, kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen merupakan antara halangan yang terpaksa dihadapi oleh PPBM di negeri itu.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO Kedah bekerja keras supaya negeri itu terus kekal di bawah pimpinan UMNO-BN pada pilihan raya umum akan datang. -Makkal Osai