Muka mat salih tapi tak mampu catwalk – Ahya bidas penganjur anaktirikan model tempatan

Menjelaskan perkara berkenaan, Ahya yang juga anak kepada dramatis Normah Damanhuri tindakan itu dilihat seolah-olah menganaktirikan model setempat sedangkan bakat mereka jauh lebih baik berbanding model asing.

“Saya sudah lapan tahun dalam industri peragaan dan senario ini semakin menular, menjadi-jadi. Kalau bukan saya selaku senior menyuarakan akan hal ini, bagaimana nasib model-model baharu kelak?

“Kenapa perlu diambil model asing yang tidak mampu membuat catwalk dengan baik? Malah, rupa mereka pun tidak nampak seperti model fesyen.

“Terdapat ramai bakat tempatan yang lebih baik berbanding mereka. Lainlah kalau mereka benar-benar model profesional.

“Ini tidak, hanya disebabkan mereka ada iras mat salih entah berasal dari mana, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan tersebut menggunakan mereka agar acara berkenaan kelihatan seperti bertaraf antarabangsa. Hakikatnya tidak sama sekali,” ulasnya, memetik Utusan Malaysia.

Ahya sebelum ini pernah menyuarakan ketidakpuasan hati menerusi laman Facebook.

Malah menurut calon Pelakon Lelaki Harapan dalam Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) menerusi filem Tanda Putera itu, kenyataanya itu turut mendapat sokongan serta reaksi daripada ratusan model tempatan yang turut terkesan dengan sikap kebanyakan pihak yang terlalu mengagungkan model asing sehingga sanggup mengetepikan anak muda Malaysia.

“Tidak kira apa jua keturunan, saya menyeru model-model tempatan supaya bersatu dan nyatakan pendirian yang tegas agar masalah ini dapat dibendung.

“Situasi ini semakin teruk, paling jelas ia boleh dilihat ketika penganjuran pertunjukkan fesyen terbesar di ibu kota bulan lalu,” kata Ahya.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran