Muhyiddin menyesal paksa pecat Pah Lah dahulu

Kata Muhyiddin, pada ketika itu beliau melihat Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah sudah tidak mampu untuk menerajui kerajaan dan perlu diganti dengan Datuk Seri Najib Razak yang tidak mempunyai sebarang isu.

“Waktu pilihan raya 2008 yang lalu, kita melihat situasi kerajaan Barisan Nasional agak bertambah lemah, tidak dapat menguasai dua per tiga kerusi di Parlimen waktu mana Tun Abdullah atau Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

“Maka bermula daripada situ kita meminta supaya Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah meletak jawatan. Kita minta supaya Perdana Menteri (Tun Abdullah) turun dan diganti Perdana Menteri yang baru. Menyesal saya.

“Waktu itu kita tengok semua molek-molek belako kata orang Kelantan. Tidak ada benda yang luar biasa,” katanya ketika berucap di Kongres Rakyat pada Ahad.

Tambah Muhyiddin, berbeza dengan ketika ini, pada waktu itu tidak ada kedengaran suara yang menyatakan desakkan menurun Pak Lah merupakan usaha untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

“Saya tidak pernah dengar suara daripada kalangan siapa pun mengatakan bahawa saya harus dipecat.

“Dan tidak ada juga suara pada waktu itu yang menyatakan ini adalah usaha untuk menumbangkan kerajaan,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri