Video: Muhyiddin cabar Najib tanding di Pagoh

Beliau melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri itu selepas ditanya sama ada kemungkinan beliau akan tanding di kerusi Parlimen Pekan.

“Samada BERSATU atau sahabat-sahabat dan parti-parti (pembangkang) yang (akan bertanding), kita bekerjasama.

“Boleh ajak dia lawan di Pagoh,” katanya dalam sidang di Petaling Jaya di sini.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding di Pagoh untuk mengekalkan kerusi yang disandang selama ini, Muhyiddin menyatakan beliau tidak pasti.

“Bila sampai masa kita akan buat keputusan sewajarnya,” ujarnya.

Terdapat laporan yang mengatakan Muhyiddin berkemungkinan akan melepas kerusi Parlimen Pagoh kerana sudah tidak mendapat lagi sokongan di kawasan tersebut.

Muhyiddin dikatakan akan bertanding di Parlimen Muar yang kini disandang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Berikut adalah pautan video sidang media BERSATU hari ini yang menjelaskan berkenaan cabaran Muhyiddin terhadap Najib untuk bertanding di Pagoh:

https://www.youtube.com/watch?v=AXYpMNZAxqw&feature=youtu.be

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri