Muhammad Shafee dilantik duta besar hak asasi manusia

Kementerian Luar, dalam kenyataan hari ini, berkata pelantikan Muhammad Shafee itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk terus memperjuangkan dan melindungi hak asasi manusia.

“Pelantikan ini adalah manifestasi komitmen teguh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan libat urusnya dalam menangani isu hak asasi manusia dengan semua pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO), ahli akademik, agensi kerajaan dan pertubuhan antarabangsa,” katanya.

Muhammad Shafee berkecimpung dalam bidang perundangan sejak hampir 31 tahun lepas dan terbabit dalam pelbagai bidang undang-undang, termasuk hak asasi manusia.

Beliau berkhidmat sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tiga penggal berturut-turut iaitu dari 2004 hingga 2010.

Beliau juga dilantik sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hal Asasi Manusia (AICHR) bagi dua penggal iaitu dari 2009 hingga 2015. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia