Mufti Perlis harap kabinet buat keputusan tegas

“Pada pagi Jumaat yang baik ini, marilah kita berdoa agar Allah memberikan kekuatan dan bimbinganNya kepada menteri kabinet yang akan bermesyuarat pada pada Jumaat.

“Kita doakan mereka semua dapat membuat keputusan tegas dan berkesan terhadap kezaliman dan penindasan yang sedang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keputusan tegas dan berkesan itu penting dalam menzahirkan nilai kemanusiaan, selain melambangkan Malaysia sebagai negara majoriti muslim.

“Dengan keputusan itu, semoga Allah merahmati negara ini dan kepimpinannya,” katanya.

Pada Rabu lalu, Mohd Asri menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

Gesaan tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberi jaminan beliau akan membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Bagaimanapun, Khairy berkata, pendirian KBS mengenai gesaan itu hanya akan diputuskan mengikut keputusan sebulat suara dalam Kabinet, memetik mStar Online.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2