Lebih teruk lagi, Asri menyamakan ASWAJA dengan HINDRAF yang menentang pendakwah bebas itu masuk ke negara ini kerana bimbang boleh mencetuskan pergaduhan kaum.
Mufti paling kontroversi itu bagaikan cuba mencari ‘gaduh’ dengan ASWAJA apabila berterusan menyerang pertubuhan itu di laman sosial Facebooknya.
ASWAJA dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak pernah menyentuh tentang pendakwah itu dan menyifatkan ia satu niat jahat Asri yang cuba memburukkan ASWAJA.
“Bagaimana seorang Mufti yang sepatutnya menjaga akhlak, sebaliknya ‘bermulut jahat’ apabila menyamakan ASWAJA dengan HINDRAF. Sungguh tidak berakhlak perangai seorang Mufti.
“ASWAJA melihat Asri sengaja menimbulkan isu itu untuk merosakkan imej ASWAJA serta cuba mengambil kesempatan terhadap populariti Zakir Naik untuk menghentam pertubuhan ini.
“Sesungguhnya ASWAJA tidak terkesan dengan tuduhan jahat sebegitu dan ASWAJA tidak berminat untuk mencampuri urusan Zakir Naik tanpa mengetahui latar belakangnya dengan lebih mendalam,” katanya.
Asri di laman Facebooknya hari ini menuduh ASWAJA sama taraf dengan HINDRAF apabila menetang kemasukkan pendakwah itu ke negara ini.
Sebelum ini, kontroversi Asri dengan ASWAJA tercetu berhubung isu debatnya dengan Presiden pertubuhan itu, Zamihan Mat Zin.
Selain itu Asri juga turut mencetuskan kontroversi dengan pemimpin PAS berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.
Sementara itu, ASWAJA mengingatkan umat Islam supaya berwaspada dan jangan terlalu taksub dengan penceramah luar tanpa menyelidik latar belakangnya terlebih dulu.
Menurut fatwa Darul Uloom Deoband, India, Zakir yang juga seorang doktor perubatan bukanlah individu yang boleh diterima percakapannya dalam bab agama dan harus menjauhinya.
Begitu juga dalam bukunya, Concept of God in major religions halaman tujuh: ‘Brahma bermaksud Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta’ dan orang Islam boleh menyeru atau menggelar Allah sebagai Brahma.