Mudahnya mencipta dosa dan fitnah

Ketika saya menulis artikel itu, saya langsung tidak membuat sebarang ‘provokasi’ baik dari segi politik mahupun moral kerana ia sangat subjektif sifatnya. Ini kerana seperti yang kita tahu, walaupun dianggap menggalakkan maksiat, kondom juga sangat berjaya dalam menghalang merebaknya penyakit berjangkit yang sangat bahaya seperti AIDS serta pada masa yang sama antara kaedah dalam perancangan keluarga. Dalam erti kata lain kondom itu sendiri ada pro dan kons dan saya tidak berhajat untuk bersifat ‘judgemental’ dalam penulisan saya.

Namun saya sangat terkejut kerana ada portal/ page yang bagi saya SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB kerana sudahlah menggunakan 100 peratus tulisan saya, tetapi pada masa yang sama membuat edit atau pengubahsuaian dengan meletakkan wajah Ahli Parlimen kawasan tersebut pada artikel berkenaan dengan tajuk – ” Orang Pontian Patut Bangga : Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Berada Di Sini.”

Dengan menggunakan foto Ahli Parlimen berkenaan seolah-olah sedang bercakap, gaya artikel itu ‘dipersembahkan’ seolah-olah beliau meminta masyarakat daerah tersebut berbangga dengan kewujudan kilang itu sedangkan saya langsung tidak pernah menemubual beliau apatah lagi menulis ayat sebegitu dalam artikel berkenaan!

Saya tidak mahu terperangkap dalam ‘permainan politik’ admin page berkenaan. Saya bukanlah ‘pemuja’ Ahli Parlimen itu dan tidak akan bercakap bagi pihaknya tetapi sebagai penulis saya cukup sedih kerana ia secara tidak langsung menunjukkan admin page berkenaan telah membuat fitnah secara langsung terhadap artikel yang saya hasilkan itu. Mereka menambah apa yang saya tidak tulis secara sesuka hati demi mencapai matlamat yang ‘mereka sendiri tahu’.

Serius. Lu bikin gua loya bro!

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai