“Dah 10 hari MRT beroperasi, macam mana, siapa dah naik? Boleh beri maklum balas kepada @MRTMalaysia kalau ada apa-apa cadangan dan pendapat,” tulis Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau malam Isnin.
Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan para penumpang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan sehingga 16 Januari depan.
Laluan fasa pertama MRT melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu mula beroperasi 16 Dis lepas.
Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan. – Bernama