MRT Corp. berkata, jumlah RM21 bilion tersebut yang disebut dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51 kilometer itu.
“Fasa pertama merangkumi laluan bertingkat dari Sungai Buloh ke Semantan Portal sejauh 21 kilometer manakala fasa kedua pula laluan bawah tanah sejauh 9.5 kilometer dari Semantan Portal ke Maluri Portal dan laluan bertingkat selatan dari Maluri Portal ke Kajang sejauh 20.5 kilometer,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Syarikat itu berkata, jumlah kos adalah berdasarkan penyelesaian proses perolehan dan pelaksanaan mekanisme ketat bagi mengawal pelbagai pesanan dan tuntutan, memetik laporan Utusan Online.