Mr Os meninggal dunia

Memetik posting di laman Facebook milik anak perempuanya, yang menggunakan nama Husna Yusof, jenazah pelakon itu akan di bawa ke Gombak.

“Assalammualaikum dan salam Jumaat. Abah saya, Mohd Yusof Abdul Hamid (Mr Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak.

“Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak. Al Fatihah,” memetik kenyataan Facebook, tersebut.

Mr Os meningal dunia jam 2.45 petang tadi akibat barah paru-paru.

Berita kematian palsu Mr Os sebelum ini tersebar di laman sosial pada 25 Mac lalu.

Mr Os bagaimanapun berkata, ketika itu dia sudah memaafkan individu tersebut dan menganggap kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri.

Perkara itu katanya lebih menginggatkannya tentang kematian sebenar.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran