MPS henti kerja pembinaan tangga di kuil Batu Caves

Pengarah Komunikasi Korporat MPS Mohamad Zin Masoad, berkata jawatankuasa kuil melakukan pembinaan itu tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Katanya, satu laluan bertangga yang sedang dibina sebagai tambahan kepada tiga yang sedia ada, mungkin akan menimbulkan isu keselamatan terutamanya ketika Thaipusam, apabila lebih daripada satu juta orang memenuhi kuil tersebut.

Tambah beliau, jawatankuasa kuil perlu mengadakan perjumpaan dengan MPS dalam tempoh masa dua minggu.

Difahamkan, presiden majlis Suliman Abd Rahman akan meninjau kawasan pembinaan berkenaan dalam masa dua minggu.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan peguam perancangan bandar, Derek Fernandez berkata pihak berkuasa tempatan mempunyai beberapa pilihan selepas mengeluarkan notis itu termasuk menghenti atau merobohkan pembinaan itu.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kuil berkenaan berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada MPS pada Mac lepas, dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat ini.

Pada tahun 2011, jawatankuasa bercadang untuk memasang kereta kabel namun pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan, katanya. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal